• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
BORNEO VOICE NEWS
Advertisement
  • Home
    • Home – Layout 1
    • Home – Layout 2
    • Home – Layout 3
    • Home – Layout 4
    • Home – Layout 5
    • Home – Layout 6
  • News

    Trending Tags

    • Trump Inauguration
    • United Stated
    • White House
    • Market Stories
    • Election Results
  • Tech

    Trending Tags

    • Nintendo Switch
    • CES 2017
    • Playstation 4 Pro
    • Mark Zuckerberg
  • Entertainment
  • Lifestyle

    Trending Tags

    • Golden Globes
    • Game of Thrones
    • MotoGP 2017
    • eSports
    • Fashion Week
  • Review
No Result
View All Result
  • Home
    • Home – Layout 1
    • Home – Layout 2
    • Home – Layout 3
    • Home – Layout 4
    • Home – Layout 5
    • Home – Layout 6
  • News

    Trending Tags

    • Trump Inauguration
    • United Stated
    • White House
    • Market Stories
    • Election Results
  • Tech

    Trending Tags

    • Nintendo Switch
    • CES 2017
    • Playstation 4 Pro
    • Mark Zuckerberg
  • Entertainment
  • Lifestyle

    Trending Tags

    • Golden Globes
    • Game of Thrones
    • MotoGP 2017
    • eSports
    • Fashion Week
  • Review
No Result
View All Result
BORNEO VOICE NEWS
No Result
View All Result
Home Borneo Voice News

Mosses Paul Anap Terajui RSNB Government-in-Exile, Barisan Kabinet Rasmi Diumumkan

Borneo Voice News by Borneo Voice News
July 2, 2026
in Borneo Voice News, Sabah News
0
97
VIEWS

MELBOURNE,2 Julai 2026 – Republic of Sabah North Borneo (RSNB)Government-in-Exile Atau Kerajaan Dalam Buangan hari ini mengumumkan barisan kepimpinan rasminya menerusi satu kenyataan yang menegaskan komitmen organisasi terhadap perpaduan, disiplin, tanggungjawab, serta perjuangan aman berasaskan hak penentuan nasib sendiri dan prinsip dekolonisasi.

Dalam kenyataan tersebut, organisasi itu menyatakan bahawa matlamat perjuangan adalah untuk membawa maruah, suara dan masa depan rakyat Sabah North Borneo melalui pendekatan yang aman, tersusun dan berlandaskan keadilan.

“Hari ini, kita berdiri bersama dengan satu tujuan: untuk membawa maruah, suara, dan masa depan rakyat Sabah North Borneo.”

RSNB Government-in-Exile turut menegaskan bahawa perjuangan mereka tidak berasaskan kebencian, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab terhadap tanah air serta generasi akan datang.

Pengumuman tersebut Mengesahkan Mosses Paul Anap, yang turut dikenali sebagai “Mosses PA Ampang” melalui akaun Facebook beliau, dilantik sebagai President & Head of Government, sekali gus menerajui kepimpinan Kerajaan Dalam Buangan (Government-in-Exile).

Turut diumumkan ialah barisan kabinet yang terdiri daripada:

  • Timothy S. Arambala – Minister of Planning, Development & Infrastructure
  • Suzila Idrus – Minister of Internal Administration & Sabahan Affairs
  • Leon Mok – Minister of Political Strategy and Advocacy
  • Ray Chalmer Jefferson – Minister of Justice & International Law
  • Cecelia Poul – Minister of Finance & Treasury
  • Jonathan Herry – Minister of Youth Education & Human Capital
  • Rendy Wedi W. Binsol – Minister of International Cooperation & Strategic Partnerships
  • Dorothy Richard – Minister of Research, Documentation & Legal Affairs
  • Trevor Adam – Minister of Community Mobilisation & Public Engagement
  • Connolius George – Minister of Security Intelligence & Defence
  • Deddy Rumiyu – Minister of Information & Media Communication
  • Martini Ellen Gumpiling – Minister of Foreign Affairs & International Relation
  • Dominic Reyes – Deputy Minister of Information & Media Communication

Menurut kenyataan rasmi itu, RSNB Government-in-Exile menegaskan bahawa organisasi tersebut dibina atas prinsip tanggungjawab, perpaduan dan disiplin, serta komited memperjuangkan keadilan, hak penentuan nasib sendiri dan dekolonisasi melalui pendekatan yang aman.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa organisasi berhasrat memperkukuhkan struktur pentadbiran, meningkatkan penglibatan masyarakat, dan memperluaskan jaringan diplomasi serta kerjasama antarabangsa selaras dengan objektif yang digariskan.

Pengumuman rasmi ini dilihat sebagai langkah memperkenalkan struktur kepimpinan organisasi kepada umum, selain menjelaskan pembahagian portfolio bagi setiap anggota kabinet dalam meneruskan peranan masing-masing.

RSNB Government-in-Exile menyatakan bahawa mereka akan terus memberi tumpuan kepada usaha penerangan, penyelidikan, diplomasi, pembangunan dasar dan penglibatan masyarakat sebagai sebahagian daripada hala tuju organisasi pada masa akan datang.


Borneo Voice News

Nota Editor:Artikel ini merupakan laporan berita berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Republic of Sabah North Borneo (RSNB) Government-in-Exile. Kandungan artikel ini bertujuan melaporkan pengumuman organisasi tersebut dan tidak harus ditafsirkan sebagai pengesahan terhadap sebarang tuntutan politik atau perundangan yang dinyatakan.

Share this:

  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook

Like this:

Like Loading…
Previous Post

SSKM Australia Terus Jadi Perhatian, Komen Awam Desak Aktivis Ditangkap

Next Post

BORAF Sokong Aspirasi Republic of Sabah North Borneo, Tegaskan Hak Orang Asal Sabah Tentukan Nasib Sendiri

Borneo Voice News

Borneo Voice News

Next Post

BORAF Sokong Aspirasi Republic of Sabah North Borneo, Tegaskan Hak Orang Asal Sabah Tentukan Nasib Sendiri

Stay Connected test

  • 24k Followers
  • 99 Subscribers
  • Trending
  • Comments
  • Latest

KEKUATAN BOLEH DIGUNAKAN JIKA WILAYAH CUBA KELUAR MALAYSIA

August 19, 2026

Jovilis Majami Tegaskan Etika dan Integriti Penentu Kelayakan Pemimpin

June 17, 2026

RSNB-GiE Semakin Agresif Membawa Sabah Borneo Utara Keluar Malaysia

June 11, 2026

Ir. Ts. Jovilis Majami:Perlembagaan Asas Masa Depan Sabah Borneo Utara

June 16, 2026

RSNB-GiE Semakin Agresif Membawa Sabah Borneo Utara Keluar Malaysia

0

Travor Adam Bangkitkan Persoalan MA63 dan Seru Rakyat Sabah Borneo Utara Menentukan Masa Depannya Sendiri.

0

Jestie Alexius Terus Suarakan Kebimbangan Terhadap Isu Pendatang Tanpa Izin di Negara Sabah Borneo Utara.

0

Suzila Idrus Menyeru Sabah Borneo Utara Untuk Bangkit Menuntut Hak Penentuan Nasib Sendiri.

0

STARSabah Beri Amaran: Isu MA63 Akan Dibawa Ke ICJ Jika Hak Sabah Tidak Dilaksanakan Sepenuhnya

August 31, 2026

Banjir Besar Nepal,17 Rakyat Malaysia Dilaporkan Tidak Dapat Dihubungi, Operasi Mencari Diteruskan

August 27, 2026

BORAF Tampil Pertahan Pendirian Selepas Dakwaan Laporan Polis,Tegaskan Tuduhan Perlu Dibuktikan

August 25, 2026

Sabah Sebuah Negara Berdaulat,Tetapi Dijajah Semula Selepas 1963?

August 24, 2026

Recent News

STARSabah Beri Amaran: Isu MA63 Akan Dibawa Ke ICJ Jika Hak Sabah Tidak Dilaksanakan Sepenuhnya

August 31, 2026

Banjir Besar Nepal,17 Rakyat Malaysia Dilaporkan Tidak Dapat Dihubungi, Operasi Mencari Diteruskan

August 27, 2026

BORAF Tampil Pertahan Pendirian Selepas Dakwaan Laporan Polis,Tegaskan Tuduhan Perlu Dibuktikan

August 25, 2026

Sabah Sebuah Negara Berdaulat,Tetapi Dijajah Semula Selepas 1963?

August 24, 2026

Borneo Voice News – Your Voice, Our Borneo

Borneo Voice News ialah portal berita digital yang memaparkan berita semasa, politik, budaya dan komuniti Sabah Borneo Utara serta diaspora Sabah di seluruh dunia.

Kategori Berita

  • Borneo Voice News
  • Politics
  • Sabah New
  • Sabah News
No Result
View All Result

© 2026 Borneo Voice News – Your Voice, Our Borneo. All Rights Reserved.

Discover more from Borneo Voice News

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

%d